
Kejayaan Malaysia setelah berjaya mengikat Vietnam 2-2 dalam pusingan pertama perlawanan akhir Piala Suzuki AFF, yang diadakan di Stadium Bukit Jalil pada hari Selasa lepas telah menaikkan semangat rakyat Malaysia untuk terus menyokong pusingan kedua yang akan diadakan di Vietnam pada hari Sabtu ini, 15 Disember 2018.
Berikutan kejayaan ini, Yoodo turut sama meraikannya dengan peminat pasukan Harimau Malaya yang akan ke Vietnam, dengan memberikan perayauan internet percuma di Vietnam selama dua hari, pada 14 dan 15 Disember 2018.
Promosi istimewa ini adalah untuk pengguna Yoodo yang akan ke Vietnam bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala AFF Suzuki. Roam Like Home Percuma akan diberikan bermula dari 14 Disember (Jumaat) jam 00:00 sehingga 15 Disember (Sabtu) jam 23:59. Roam Like Home membolehkan anda membawa pelan domestik Yoodo anda ke luar negara.
Berikut adalah langkah-langkah untuk mendapatkannya:
Langkah 1: Pastikan pelan Yoodo anda aktif
Langkah 2: Klik ‘Tambah Perantauan/IDD’ pada papan pemuka aplikasi dan pilih ‘Perantauan’
Langkah 3: Pilih Vietnam dan klik Beli semasa dalam tempoh promosi (harga tertera adalah RM0)
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pada Video di bawah
Anda cuma boleh membeli satu pas pada satu masa, dan anda perlu gunakannya terlebih dahulu sebelum membeli pas baru. Roam Like Home Percuma ini akan bermula dari 14 Disember (Jumaat) jam 00:00 sehingga 15 Disember (Sabtu) jam 23:59. Anda cuma boleh menggunakan pas Roam Like Home Percuma di Vietnam dan bukan di negara yang lain. Anda perlu mempunyai sambungan Internet untuk membeli pas tersebut, jadi kami sarankan anda untuk membelinya semasa anda berada di Malaysia dan dalam tempoh promosi.
Pas Roam Like Home Percuma hanya merupakan akses percuma untuk menggunakan pelan domestik anda. Sebarang penggunaan di sana akan ditolak daripada kuota utama anda. Namun, anda tidak perlu membayar apa-apa sepanjang tempoh promosi berbanding dengan caj akses RM20 yang dikenakan pada hari-hari biasa.