Terkini: Selamat Datang

DIGITAL

Youtube: Komen Melibatkan Kanak-kanak Dihalang

Google telah mengumunkan perubahan dasar mengenai penggunaan youtube. Google telah memutuskan tiada lagi komen atau ulasan boleh dibuat pada video yang mengandungi kanak-kanak di platform youtubenya. Google telah membuat pengumuman tersebut melalui YouTube Creator Blog pada hari ini.

Tujuan perubahan dasar tersebut bertujuan melindungi keselamatan kanak-kanak. Walaupun mereka mengakui kepentingan ulasan dan komen pada sesuatu video tersebut adalah penting bagi berhubung dan menjadi teras youtube, namun tindakkan tersebut perlu dilakukan bagi melindungi kanak-kanak. berikutan kontroversi mengenai komen pejenayah Pedophilia mencari mangsa melalui video kanak-kanak di youtube.

YouTube akan menggunakan algoritma untuk mengesan video mana yang terkandung kanak-kanak. Seterusnya fungsi komen pada video tersebut akan dihilangkan. Bagi kanak-kanak yang lebih dewasa fungsi tersebut masih ada melainkan ia sekiranya ia didapati boleh menarik perhatian golongan pemangsa-pemangsa (Pedophilia) seperti kanak-kanak dalam aksi gymnastik.  

Paedophilia adalah salah satu kelainan seksual di mana seseorang mempunyai minat atau hasrat seksual terhadap kanak-kanak yang belum memasuki masa remaja (di bawah umur 13 tahun). Individu pedophilia kebiasaannya terdiri daripada golongan dewasa (di atas umur 16 tahun). Mereka ini mempunyai kecenderungan dorongan seks terhadap kanak-kanak dan fantasi yang boleh mengganggu kanak-kanak.  

YouTube akan menghentikan sementara fungsi komen dari video yang menampilkan kanak-kanak bawah umur pada bulan-bulan akan datang. Hanya beberapa saluran yang terpilih dengan kanak-kanak akan dibenarkan memasukkan bahagian komen, tetapi juga dengan syarat mereka perlu memantau komen mereka bagi tujuan keselamatan.

Di samping mengemas kini dasar ulasannya, YouTube berkata ia telah menamatkan beberapa saluran yang “membahayakan” kanak-kanak. Larangan itu termasuk beberapa saluran yang menyelitkan kandungan yang tidak sepatutnya di tengah-tengah kartun kanak-kanak. Youtube telah menamakan contoh FilthyFrankClips sebagai salah satu saluran yang dilarang kerana ia mendorong kanak-kanak mencederakan diri sendiri.

“Tidak ada yang lebih penting bagi kita daripada memastikan keselamatan orang muda di platform,” kata ketua eksekutif YouTube Susan Wojcicki di Twitter.

Walaupun mendapat pelbagi kritikkan bagi mereka yang tidak setuju dengan polisi baru ini kerana menganggap membantutkan perkembangan saluran youtube mereka namun youtube akan tetap meneruskannya.

Related posts
DIGITAL

Pakej 5G Rahmah: Maxis tawarkan rebat dan data lebih mampu milik

DIGITAL

Teknologi AI dan fungsinya

DIGITAL

Sejarah ChatGpt

DIGITAL

Maksud ChatGPT dan fungsinya

11 Comments

Leave a Reply

%d